Secara sedar dan tidak sedar kita sudah 8 hari menjalankan ibadah puasa,beruntunglah bagi orang yang sentiasa menjaga ibadah puasanya,bukan setakat menahan lapar dan dahaga,malah menahan segala kehendak dan tuntutan hawa nafsu.Bersyukur kita kepada ilahi kerana masih lagi di ketemukan kita dengan bulan Ramadhan pada tahun ini,kalaulah kita tahu akan hakikat dibulan Ramadhan yang penuh barakah ini,nescaya kia mengharapkan setahun penuh kita berpuasa di bulan Ramadhan.Alhamdulillah kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW,kalau lah tidak kerana Nabi Muhamad ,maka tidak kenal kita akan solat yang kita solat lima waktu sehari semalam,kita tidak kenal puasa di bulan Ramadhan.
:قال النبي صلى الله عليه وسلم
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر الله له ما تقدّم من ذنبه
"Barangsiapa berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka di ampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang terdahulu".
Apakah yang di maksudkan dengan pengharapan daripada hadis diatas?
Adakah kita mengharap sesuatu yang kita nampak pada zahirnya?
Bagaimana pula yang tersirat disebaliknya?
Marilah kita sama-sama merenung dan memikirkan ..........